Waktu Solat



Waktu Solat di Seremban

Objektif

Untuk menjadikan Masjid Taman Bandar Senawang sebagai Pusat Aktiviti dan Pusat Kecemerlangan.

Fungsi

Merancang dan melaksanakan pengurusan Masjid Taman Bandar Senawang dalam urusan fardhu 'ain dan fardhu kifayah supaya dapat membantu penduduk sekitar yang kurang bernasib baik

Visi

Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan mempelbagaikan aktiviti dan program pengimarahan kepada seluruh masyarakat ke arah pembangunan masjid yang cemerlang serta membina modal insan yang tauhidi.

Misi

Menjadikan pengurusan masjid lebih teratur, cekap dan sistematik yang berasaskan pengurusan Islam (Al-Quran dan Hadith) yang akan dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan dan berkemahiran dalam pengurusan masjid.

Mengenai Masjid

Pengisytiharan Masjid

Masjid Taman Bandar Senawang telah diisytiharkan sebagai sebuah masjid pada tanggal 8 November 2018, bersamaan 23 Ramadan 1436H oleh SS Dato’ Mufti Kerajaan negeri Sembilan Darul Khusus.




Komitmen yang jitu telah ditunjukkan oleh penduduk untuk mengadakan dan membangunkan sebuah masjid di Taman Bandar Senawang, sebuah Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Bandar Senawang telah dibentuk pada 29 Apr 2013 dan taklimat pembinaan masjid baru pada 19 Jun 2013 di Pejabat JHEAINS. Pada tanggal 6 Apr 2017 pembinaan masjid telah diluluskan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan , Menteri Besar Negeri Sembilan dan pembinaan telah disiapkan sepenuhnya pada 31 Jul 2018 dan majlis pengisytiharaan sebagai sebuah masjid oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan pada 8 Nov 2018.

Didalam bangunan utama masjid ini disiapkan sebuah bilik imam, bilik mesyuarat dan bilik PA System. Manakala dibahagian luar terdapat 2 bahagian koridor kiri dan kanan masjid, bangunan tandas lelaki/wanita dan tandas OKU, bilik pengurusan jenazah dan bilik janator. Dibahagian luar, terdapat juga ruang terbuka untuk dijadikan tempat solat.

Terdapat 3 laluan masuk utama kedalam dewan solat iaitu laluan dibahagian kiri dan kanan serta laluan dibahagian hadapan masjid.


Video Masjid Kariah Taman Bandar Senawang

AKTIVITI

Cerapan Langit Malam

Ceramah Bulanan & Perdana

Solat Jumaat

Futsal

Jemaah Haji

Asnaf

Jamuan Hari Raya

Jamuan Buka Puasa

Perkahwinan

Memanah

Silat

Pautan Agensi

Mempunyai sebarang pertanyaan?

Boleh hubungi pihak Masjid Kariah Taman Bandar Senawang
di talian 019-3160343.