Foodbank Masjid
Foodbank Masjid Taman Bandar Senawang menyediakan bahan-bahan dapur kering dan
barang basah untuk mereka yang kurang berkemampuan.
Bahan-bahan kering yang disediakan adalah seperti :
Beras (5kg)
Tepung Gandum (1kg)
Gula Pasir (1kg)
Minyak Masak Sebotol (1kg)
Tin Sardin (155gm)
Roti & Biskut Lemak
Kepada mereka yang memerlukan barangan tersebut hanya menghubungi/datang ke Pejabat pentadbiran untuk
mengisi borang dan barangan akan disiapkan mengikut seperti didalam senarai yang akan dibungkus oleh
kedai yang telah dilantik oleh pihak masjid. Ianya dibuka setiap hari pada masa seperti berikut :
Isnin sehingga Khamis : Jam 8.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat : Jam 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Sabtu & Ahad : Jam 8.00 pagi - 12.30 tengahari