Pengurusan Jenazah

Masjid Taman Bandar Senawang juga ada menyediakan perkhidmatan untuk pengurusan
jenazah yang mana ianya diseliakan oleh Tn Haji Hosnan bin Selamat dan Pn Hajjah Zainab binti
Omar. Untuk urusan berkenaan kematian, pihak waris perlu membuat pembayaran
Tanah Perkuburan Majlis bandaraya Seremban (MBS) secara online banking dan masukkan butiran seperti berikut :

a. Ruj 1 : Nama Simati ( Perlu Diisi )
b. Ruj 2 : Lot Tanah Kubur ( Contoh : A277 )
c. Ruj 3 : Tempat Perkuburan ( Contoh : TPI Senawang )

UNTUK TAPAK KUBUR
Jumlah bayaran adalah sebanyak RM 80.00 (Warganegara) dan RM500.00 (Bukan Warganegara).
Bayaran hendaklah dibuat melalui Akaun MAYBANK 555014217763 / Majlis Bandaraya Seremban.

UNTUK PAPAN LAHAD
Jumlah bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 170.00 dan bayaran
hendaklah dibuat melalui No Akaun RHB 25504700000364 / Koperasi Kakitangan MPS/MPN Berhad

Bawa sekali salinan di bawah ke tapak perkuburan :-
a. Salinan Permit Kebumi
b. Salinan KP Simati & KP Waris
c. Salinan resit pembayaran kubur dan papan

Untuk perkhidmatan Van Jenazah, pihak waris boleh berhubung dengan En Anuar bin Omar (013-3845305) dan
Hj Ishak bin Samsudin (016-2781237) ataupun waris boleh menghubungi talian 013 - 3160343
atau datang ke Pejabat Pentadbiran untuk pengurusan jenazah.