Masjid Taman Bandar Senawang telah diisytiharkan sebagai sebuah masjid pada tanggal 8 November 2018, bersamaan 23 Ramadan 1436H oleh SS Dato’ Mufti Kerajaan negeri Sembilan Darul Khusus.
Komitmen yang jitu telah ditunjukkan oleh penduduk untuk mengadakan dan membangunkan sebuah
masjid di Taman Bandar Senawang, sebuah Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Bandar Senawang
telah dibentuk pada 29 Apr 2013 dan taklimat pembinaan masjid baru pada 19 Jun 2013 di
Pejabat JHEAINS. Pada tanggal 6 Apr 2017 pembinaan masjid telah diluluskan oleh
YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan , Menteri Besar Negeri Sembilan dan pembinaan telah
disiapkan sepenuhnya pada 31 Jul 2018 dan majlis pengisytiharaan sebagai sebuah masjid
oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan pada 8 Nov 2018.
Didalam bangunan utama masjid ini disiapkan sebuah bilik imam, bilik mesyuarat dan bilik PA System.
Manakala dibahagian luar terdapat 2 bahagian koridor kiri dan kanan masjid, bangunan tandas lelaki/wanita
dan tandas OKU, bilik pengurusan jenazah dan bilik janator. Dibahagian luar, terdapat juga
ruang terbuka untuk dijadikan tempat solat.
Terdapat 3 laluan masuk utama kedalam dewan solat iaitu laluan dibahagian kiri
dan kanan serta laluan dibahagian hadapan masjid.
Boleh hubungi pihak Masjid Kariah Taman Bandar Senawang
di talian 019-3160343.